Thursday, 19 May 2011

Bertudung


Cakap saja pasal bertudung aku teringat kisah aku...
aku dulu bukan macam sekarang...dulu aku cuma niat je nak bertudung tapi sekarang allhamdulillah aku dah mula bertudung.
Kalau dulu sebut saja pasal tudung mesti aku cuba mengelak.Mak aku dulu sampai kering tekak sebab tak larat nak nasihat aku lagi dah.Tapi satu je yang aku tak suka bila ada orang suka memaksa orang lain untuk bertudung. Bagi pendapat aku bertudung ni tak da siapa pun boleh paksa..kalau dipaksa juga mesti orang tu akan buka tudung bila keluar rumah tak pun dia akan dianggap hipokrit sebab tak ikhlas bila bertudung. Agak-agak zaman sekarang ni kenapa ramai perempuan yang bertudung tapi masih nampak aurat??
Aku sebenarnya tak pandai nak berceramah dakwah sebab diri sendiri pun tak betul lagi hahaha.....Dan aku tahu ramai orang berbahas pasal hal ni betul tak ??? jadi sekarang ni terpulang la....Apa yang aku nak citer skunk ni ialah pasal kehidupan aku yang berkaitan dengan tudung..
Bila kita tak pakai tudung, kita akan rasa seperti seorang pelarian sebab andai kata kita terserempak dengan ustazah atau guru-guru yang lain di sekolah kita yang mengajar kita supaya menutup aurat bila keluar rumah..dekat sekolah mungkin kita akan bersetuju dengan apa yang diajar tapi adakah kita melaksanakan dan apabila terserempak dengan guru dalam keadaan yang tidak menutup aurat atau lebih senang bertudung ...kita mungkin akan rasa bersalah , takut dan malu untuk menegur mereka..(huh!! Macam tu la apa yang aku rasa.. =P )
Tapi tak kurang yang memakai tudung kerana disuruh oleh kawan,boyfriend, mak , dan paling teruk sekali takut bila ada orang mengata..
Bagi aku sebaik-baiknya pakai la tudung biar la tutup semua dan ikhlas ..tak payah la nak berseksi-seksi depan orang buat tambah dosa je...bak kata pepatah rambut dan segala aset yang dimiliki oleh orang perempuan adalah benda yang sangat beharga..jika anda rasa diri beharga jaga la ia sebaik mungkin...Tapi bila bertudung  ingat !! Rambut pun kena jaga tau!! Nanti asyik menggaru kepala je..
Jangan ingat bila bertudung kebersihan diabaikan....kalau boleh rajin la bershampoo..
Macam tu la yang jadi kepada seorang kawan kita..bertudung punya la cantik tapi bila dekat tuhan saja yang tahu... ="(
Apa-apa pun itu saja setakat ini.....
Dari budak skema tapi tak la skema sangat hehehe

1 comment:

  1. Bertudung biarla datang dari hati bukan kerana orang lain.

    ReplyDelete