Aku sebenarnya ada kisah tentang tajuk yang aku tulis ini..Hari tu aku pergi makan dekat tasik Pastu ada sorang awek senyum dekat aku..aku pun senyum la balik dekat dia..lalu dia datang menghampiri aku dan duduk disebelah aku.
Masa tu aku 'blur' giler sebab tetiba je minah tu duduk dekat meja aku dah la aku tak kenal dia tu siapa.
Tapi aku tak kisah aku biarkan je..Tetiba awek tu bersuara menanya kan khabar sahabat aku iaitu Awan Mendung (Nama samaran..)
terkejut juga bila dia dapat tahu aku ni kawan si awan..Bagi mengetahui cerita selanjutnya aku terus tanya apa hubungan dia dengan awan mendung??
"Saya sebenarnya couple awan...tapi kami dah lama tak berhubung sebab tu saya tanya khabar dia"
Waktu tu tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku waktu bila dapat tahu perempuan yang baernama Mila ini girlfriend Awan (Nasib baik aku tak mati tercekik..)
Tak sangka disebalik wajah Awan yang polos itu rupa-rupanya ada banyak skandal (orang hensem memang ramai apa kau nak heran)....
Minah tu tu pun menyambung ceritanya yang penuh tragik...(tragis ke??)
Aku berkenalan dengan awan ketika bekerja di sebuah kilang..pada mulanya aku memang tak suka dengan dia bila aku dapat tahu dia menyimpan perasaan terhadap aku. Tapi sikapnya yang tekun ketika melakukan kerja,suka menolong, pemalu dan kesopanannya telah menarik hati aku untuk mendekatinya..Hati aku semakin kuat untuk mendekatinya bila dia mempunyai minat yang dengan aku (Muzik underground)..
Stop!stop! Biar betul perempuan yang berbaju kurung depan aku ni minat muzik underground???Tapi tak mustahil..Sebab aku yang bertudung ni pun layan muzik rock metal ahark!!Buat suspen jo...
berbalik kepada cerita tadi.........
Merantau di tempat orang dan sebatang kara tanpa keluarga ,kawan,saudara mara memang meyeksakan..Jadi Awan la segala gala nya pada aku ..dia la kawan..Masa aku menangis sebab tak dapat balik ke Pulau nak ambil result spm..dia pun sanggup tak pergi ke sekolah sebab nak teman aku..Lama-kelamaan perasaan aku berubah dari seorang kawan kepada lebih dari kawan ( Faham2 je la.... =) )
Tapi aku takut nak luahkannya...sebab aku tak tahu mcm mana nak luahkan perasaan..
Hari terakhir aku disitu merupakan hari yang sangat berat bagi aku untuk meninggalkannya dia dan tempat yang meninggalkan seribu kenangan kepada aku..sebelum aku melangkah pergi dia menjerit memanggil nama aku..
"Mila..aku sebenarnya dah lama nak bagi taw tentang perasaan aku..aku cintakan kau..aku tak kisah apa pun kau nak cakap.."sambil memegang tangan aku..
Sedih jugak bila aku tengok orang lelaki ni menangis.huhuhu..kalau makin hensem tak pa ni huduh huhuhu...
tapi tak kisah la..Hati aku time tu happy gila dan rasa macam tak nak balik ke palau tapi tak boleh sebab melibatkan masa depan sebab aku takkn ingkar pada prinsip hidup aku
Sanggup meninggalkan segala yang diimpikan kerana cinta..sebab cinta pada zaman sekarang tak ada jaminan...
Tapi selepas dua bulan kami bercinta dia pergi tinggalkan aku..Penat-penat aku nasihat dia pergi belajar bersungguh-sungguh dekat kolej dia pergi ngorat orang...ish!! Lelaki memang tak boleh percaya...Tapi tak pa lah aku juga dapat pahala sebab aku biarkan dia bahagia...(Bahagiakah??? No Comment)
begitu lah kisah cinta Mila yang tak kesampaian.
Orang cakap jatuh cinta ni manis macam gula,.bila jauh walau cemas hati rindu, biar hitam tak apa, jatuh cinta berjuta indahnya dimanja dibelai amboi rasanya.....hehehe
Aik!! Cik kak pernah bercinta nampak...jeng!jeng!jeng!
Adakala cinta tu membosankan.....So Apa Makna Cinta sebenarnya??? Adakah cukup sekadar menyatakan I love u, bermesej sampai 3 4 pagi atau bersayang-sayangan.................nanti kalau cerita kita berstory-mory lagi k....
bye dr Mizz Lova-lova.Muahhhh!!!
xsalah nak pakai baju kurung dengar metal..
ReplyDeletebaik dicop rebelis dari hipokrit kan..
*hidup rock kangkang