Monday, 16 May 2011

Siapa aku??

 Aku sebenarnya baru sgt2 berjinak-jinak nak menulis blog..aku sendiri pun tak tau nak tulis apa..Apa yang aku tahu aku akan tulis ttg hidup aku yg tak berapa menarik tapi penuh dgn pengalaman..hehehe..Oleh sebab tahun ni aku akan menduduki Stpm  maka aku akan kurangkan aktiviti aku untuk menulis..kadang2 aku terfikir apa tujuan kita menulis?? Hmm...kalau bg org macam aku ,blog ni mungkin hanya sekadar untuk meluahkan perasaan tidak puas hati atau rasa sayang..Kalau korang nak tahu aku ni jenis yang kurang bercakap(makna kata pendiam la..) So, aku akan jadikan medium ni sebaik mungkin untuk menulis dan menambahkan lebih ramai kawan..
Kebelakangan ni aku agak sibuk sebab aku nak exam..budak-budak yang mana nak masuk form 6 mesti sibuk tanya kami tentang pengalaman jadi pelajar form 6 terutama pasal exam..
"Kakak..susah tak jadi pelajar form6."
kalau aku jawab macam ni je.."Dik!! Nak jadi pelajar form 6 ni senang je. Kalau cakap pasal exam memang la susah tapi biasa la peringkat sekarang ni dah semakin mencabar...kalau nak senang lebih jangan masuk form 6 tak payah ambik exam"..hehehe jahat tak aku??
Sebenarnya jadi pelajar form six ni seronok.. sebab budak-budak junior dekat sekolah hormat kita..setiap kali jumpa mesti diorang tegur...Lagi satu kita akan diberi sedikit keistimewaan yang tak pernah budak sekolah dapat ...Maklum la kami kan Angah dan Along dekat sekolah hehehe.. k la setakat ni saja nanti kalau aku ada masa aku cerita lagi erk...

1 comment: